Popular Posts

Monday, January 23, 2017

TANDA IMAN MULAI ROSAK

salah satu tanda iman kita mulai rosak apabila kita bangga mempamerkan dosa.

Bukan nak kata aku baik, tidak. Setiap pada kita ada aib, ada dosa yang dipikul. Cuma, aku terdetik untuk menulis.

Kita bangga tayang aurat, perempuan dengan cara perempuan, lelaki dengan cara lelaki.kita kejar nama atas dunia, kita bangga orang puji kita cantik atau sado, tetapi pada mata Allah,  kita adalah seorang hamba yang telah di cabut perasaan malu.

Sedikitpun kita  tak rasa takut, malah mengugut dengan ungkapan kubur masing-masing, aku post kau yang panas, komen bukan-bukan akan di block.

Atas dunia, memang kita berkuasa apa sahaja, lidah petah memberi alasan, hujah kenapa dan mengapa. Tetapi pengakhiran nanti, di hadapan Allah Rabbul Jalil, yang berkata kata bukan lagi lidah, bukan lagi akal yang bijak memikirkan alasan. Tetapi anggota badan juga amalan kita.



“Katakanlah: ‘Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?’ (QS. 18:103) Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. (QS. 18:104) Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Rabb mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan-Nya, maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari Kiamat. (QS. 18:105) Demikianlah, balasan mereka itu neraka jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan para Rasul-Ku sebagai olok-olok. (QS. 18:106)” (al-Kahfi: 103-106)

Thursday, January 19, 2017

APA YANG PATUT KITA LAKUKAN APABILA BERLAKU PROVOKASI?

Berdepan dengan suasana "panas" memerlukan kesabaran yang tinggi. Di tambah pula zaman sekarang, hidup pun dalam tekanan. Jadi apa yang perlu kita lakukan?

1. Sekiranya berlaku di jalan raya, jangan sesekali keluar daripada kenderaan anda terlebih dahulu. Biarkan saja pihak satu lagi keluar terlebih dahulu.jika kedua duanya enggan keluar, teruskan saja perjalanan anda.

2. Jika berlaku di tempat kerja, biarkan sahaja pihak satu lagi memulakan tindakbalas fizikal terlebih dahulu. Hal ini kerana rakaman cctv hanya dapat mengesan siapa yang memulakan tindakan. Jangan harapkan saksi, kerana zaman sekarang saksi boleh di beli

3. Jika berlaku perang mulut, elakkan mengeluakan kata kata kesat.  Dari segi psikologinya, orang yang mengeluarkan kata kata kesat akan dihantui penyesalan

4. Jaga jarak anda dengan pihak satu lagi. Jangan bergerak menghampiri dia. Biar dia bergerak menghampiri kita.

5. Apabila berlaku sentuhan fizikal, kita berhak mempertahankan diri dengan syarat,pihak satu lagi memulakan terlebih dahulu

6. Jika sempat, rakam audio mahupun video

7. Gunakan "auto call recorder" pada telefon bimbit

8. Buat laporan polis untuk perlindungan keselamatan sekiranya anda di ugut.

Wednesday, January 18, 2017

TIADA UJIAN YANG SENANG

masa kecil, dari baring sehingga mampu berlari, langkah demi langkah, begitulah juga kehidupan kita.

tiada ujian yang senang. masa tak ada duit, kita rasa macam dah tak boleh hidup. tapi bila dah ada duit, kita pun lupa yang pada ketika tak ada duit, kita menangis tak ingat dunia.


kalau ujian tu senang, tak di namakan ujian. dia di namakan nikmat.

kalau kau tanya, ada tak dalam dunia ni orang tu tak di uji?

aku tak percaya. sebab susah pun ujian, senang pun ujian. masa susah ujian untuk terus hidup. masa senang, ujian untuk terus menjadi hamba yang taat.

orang senang tak semestinya senang. kadang2 tidur seorang pengemis tu lagi lena daripada tidur sang kaya. kenapa? kebahagiaan tu bukan di tangan kita, di tangan pencipta yang maha esa.

ujian dan kehidupan tu memang tak dapat di pisahkan. selagi kita hidup. semakin banyak ujian, semakin kita mahir selok belok dunia. Tuhan bukan bodoh untuk ciptakan ujian semata mata buat kita susah.

Tuhan tu tau apa yang terbaik untuk kita. cuma kita,salah satunya, bila kita senang, kurang sangat kita ingat Dia, bila ada musibah, kemain lagi pagi petang siang malam merayu, mintak pada Dia untuk permudahkan.

kan.........................