Berdepan dengan suasana "panas" memerlukan kesabaran yang tinggi. Di tambah pula zaman sekarang, hidup pun dalam tekanan. Jadi apa yang perlu kita lakukan?
1. Sekiranya berlaku di jalan raya, jangan sesekali keluar daripada kenderaan anda terlebih dahulu. Biarkan saja pihak satu lagi keluar terlebih dahulu.jika kedua duanya enggan keluar, teruskan saja perjalanan anda.
2. Jika berlaku di tempat kerja, biarkan sahaja pihak satu lagi memulakan tindakbalas fizikal terlebih dahulu. Hal ini kerana rakaman cctv hanya dapat mengesan siapa yang memulakan tindakan. Jangan harapkan saksi, kerana zaman sekarang saksi boleh di beli
3. Jika berlaku perang mulut, elakkan mengeluakan kata kata kesat. Dari segi psikologinya, orang yang mengeluarkan kata kata kesat akan dihantui penyesalan
4. Jaga jarak anda dengan pihak satu lagi. Jangan bergerak menghampiri dia. Biar dia bergerak menghampiri kita.
5. Apabila berlaku sentuhan fizikal, kita berhak mempertahankan diri dengan syarat,pihak satu lagi memulakan terlebih dahulu
6. Jika sempat, rakam audio mahupun video
7. Gunakan "auto call recorder" pada telefon bimbit
8. Buat laporan polis untuk perlindungan keselamatan sekiranya anda di ugut.
No comments:
Post a Comment